Posted by: fadziyahzaira on: February 10, 2010
bismillah
aku mahu melafazkan syukur kerana Allah memberikan ilham ke dalam hati ini untuk membaca buku karangan Fatimah Syarha, Syabab Musafir Kasih. membuka mataku.
syabab maksudnya pemuda.
sumber inspirasiku.
Allah, bimbinglah aku. semoga aku mempunyai jiwa sebesar jiwanya. amin ya rabbal alamin.

Posted by: fadziyahzaira on: February 5, 2010
Jiwa gersang terasa kekosongan,
Minta diisi zikir laungan;
Hati gundah tiada kehaluan;
Petunjuk Rabbi sekadar bayangan.
Hari-hari berlalu penuh derita,
Perit jerih jelas terasa;
Dimana perlu kututur bicara;
Bagi diri penuh sengketa.
Alhamdulillah,
Gegak gempita bersulam cahaya;
Kalam Ilahi penguat jiwa;
Langkah diorak penuh bertenaga;
Ke medan jihad kutempuh jua.
Ketekalan Al-Fateh penunggak kekuatan,
Jiwa ar-rijal penuh keberanian;
Tahajjud pada Ilahi peneguh keimanan;
Pemangkin kekuatan puncak kejayaan.
Kalam Allah terpahat di dada,
Sunnah junjungan sedia terlaksana.;
Jiwa tenang indah terasa;
Hidup berpaksikan Allah semata.
Salam Rindu,
Salam Perjuangan.
(copied from iluvislam.)
Posted by: fadziyahzaira on: February 4, 2010
Strategi Perang HAMAS menetang Zionis
Sejak sekian lama, tentera Zionis tidak pernah dapat mengalahkan Pejuang HAMAS sungguhpun baru-baru ini mereka telah melancarkan peperangan secara besar-besaran terhadap Gaza. Namun, mereka terpaksa akur dengan kekuatan HAMAS yang diikutkan mudah bagi mereka untuk menghapuskannya.
Mengapa HAMAS berani?
Jika mengikut statistik ketenteraan dan pertahanan, kekuatan Zionis berlipat ganda lebih kuat berbanding HAMAS. Israel Defence Forces (IDF, angkatan bersenjata Israel) berkekuatan 176 ribu infantri bersenjata lengkap dan mendapat sokongan unit udara seperti 286 helikopter serbu, 875 jet pejuang tempur berkuasa supersonik, 2800 kereta kebal dan 1800 pelancar roket dan meriam yang on-load.
Sebaliknya, Hamas hanya berkekuatan maksimum 20.000 pejuang. Tanpa pesawat tempur, jet, atau helikopter patrol satu pun. Mereka hanya memakai roket Al Banna dan Al Yaasin, modifikasi rudal PG-2 Rusia yang mampu menghancurkan kereta kebal Merkava dalam radius 500 meter. Roket lainnya, yang juga hasil modifikasi, maksimum hanya mencapai 55 kilometer. Itu hanya cukup sampai Kota Sderoth, yang bukan jantung komando Israel.
Untuk pertahanan anti serangan udara, mereka mengandalkan rudal Rayyan, modifikasi dari rudal SA-7 Rusia yang dulu digunakan Hizbullah (Lebanon) untuk menjatuhkan helikopter dan UAV Israel.
Kenapa?
HAMAS memang tolak mentah-mentah apabila disebut mengenai statistik apatah lagi hanya di atas kertas. Sejak diketuai oleh Syeikh Ahmad Yassin sebelum syahidnya, HAMAS kian membesar dan membentuk sayap Briged Izzudin Al-Qassam. Mereka tidak percaya faktor kemenangan adalah senjata semata-mata, tetapi faktor ‘langit’ juga menguatkan lagi keazaman mereka. Keyakinan terhadap bantuan Allah melalui tentera dan perlindungan dalam kalangan malaikat menjadikan mereka unggul. Pemuda dan calon yang berkriteria berikut akan dipilih:
- sentiasa melakukan solat jemaah subuh di masjid
- tidak melakukan maksiat
Sifat dan Amalan:
-menguasai ilmu peperangan seperti penggunaan senjata, bahan peledak dan mempunyai data musuh di Mesir dan Israel.
-menghafal 40 hadis imam Nawawi
-berpuasa suant dan berdisiplin
-Mati syahid menjadi slogan utama
Strategi:
-membina terowong bawah tanah untuk tujuan penyusupan dan serangan
-mamasang jerangkap samar di sempadan
-bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan akhirnya bergabung apabila serangan dimulakan
-serangan hendap yang tidak terlihat oleh musuh sehinggakan tentera zionis tidak berjaya menemukan kawasan pelancaran roket.
Seorang wartawan telah bertemu seorang anak kecil sedang membaling batu ke arah sebuah kereta kebal Israel yang musnah.
Wartawan: Adik, kenapa adik baling batu ni?
Dia menjawab
“Saya yakin hanya seketul batu ini mampu untuk menghancurkan sebuah kereta kebal dengan izin Allah”
Posted by: fadziyahzaira on: February 4, 2010
eh ana ni ada HIV ke sampai anti nak buat mcm tu?
(even kalau HIV positive pun, anti tak boleh buat tu, anti tu bakal doktor taw! respect sikit kat patient tu.)
jijik sangat ke ana ni?
Posted by: fadziyahzaira on: February 4, 2010
islah dari segi bahasanya- repair.
walau teruk mana diri anda sebelum ini, walau keji, zalim, jijiknya diri anda sebelum ini,
jangan pernah malu untuk mengislahkan diri!
sebab kau nak berubah jadi baik. bukan nak jadi jahat. so pedulikan mereka!
diorang tu punya suka makan daging saudara sendiri. mengumpat itu dan ini, tapi tak sedar yg diorg tengah melapah daging saudara sendiri.
kalau ada kawan2 anda perangai seburuk ini, maka tegurlah kekhilafan mereka itu. ini tanggungjawab sesama muslim.
ok?
buang yg keruh, amik yg jernih.
ʘ‿ʘ
wallahu alam.
ps: ana slalu terperangkap kat tengah2 orang yg tgh mengumpat. kalau dengar pun kira join diorg mengumpat jugak. nak tegur kejap lagi diorg masam muka.apa nak buat eh?
Posted by: fadziyahzaira on: February 3, 2010
Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar..
Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.
Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang melanda umat Islam sekarang ini.
Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?
Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.
************ ********* ********* ********
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
http://berita- harian-online. com/statistik- anak-luar- nikah-di- malaysia/
copied from http://www.hainur.com/2010/02/statistik-kelahiran-anak-luar-nikah-di.html
Posted by: fadziyahzaira on: February 3, 2010
These sites have been developed by Jews .
www.answering-islam.org
www.aboutislam.com
www.thequran.com
www.allahassurance.com
The list of traced anti- Islamic websites, about Islam are :
http://www.islamreview.com
http://www.faithfreedom.org/
http://www.answering-islam.org/Testimonies/younathan.html
Anti Islaamic Sites under misleading names:
.http://www.muslimhope.com/
.http://www.islameyat.com/
.http://www.islamreview.com
.http://www.muhammadanism.com/
.http://thespiritofislam.com/index.html
.http://www.abrahamic-faith.com/
.http://www.gnfcw.com/
.http://www.knowislam.info/drupal/mno
.http://www.homa.org/.http://www.thequran.com
.http://www.Allahassurance.com
.http://www.mosque.com
.http://thespiritofislam.com/index.html
.http://www.newislam.org/
Anti Islaamic Sites apparent even by name:
. http://www.islam-exposed.org/
. http://answering-islam.org.uk/
. http://www.answeringinfidels.com
. http://www.islamundressed.com/
. http://www.studytoanswer.net/myths_ch1.html
. http://www.challenging-islam.org/submissions/shariah.htm
. www.answering-islam.org
. http://www.islamundressed.com
. http://www.exmuslim.com/
. http://www.answeringinfidels.com
. http://www.gnfcw.com/
. http://www.dhimmi.com/
.http://www.chick.com/information/religions/islam/
. http://www.acage.org/
. http://www.apostatesofislam.com/
. http://www.secularislam.org/
. http://www.muslim-refusenik.com/
. http://www.icapi.org/
. http://www.hesetsfree.org/
. http://www.letusreason.org/Islamdir.htm
. http://www.kafirnation.com/
. http://www.jihadwatch.org
. http://www.anti-cair-net.org/
. http://apostatesofislam.com/
. http://challenging-islam.org/
(The FURQAN American QUR’AN) – Fake!!
http://www.amazon.com/exec/obidos/tg/detail/-/1579211755/qid%3D1096805827/102-4933271-2395342
Always check the source of any Islamic web site even if it is very convincing!!
Posted by: fadziyahzaira on: February 3, 2010
Posted by: fadziyahzaira on: February 3, 2010
abaikan post lepas. jiwang karat nak mampos! geli pulak bila baca.
dakwah dan risalah! mari kita bina uziyatul alam!
Posted by: fadziyahzaira on: February 1, 2010
*ipod playing Ainul Mardhiah-UNIC.*
indahnya setiap kata dalam lagu ini. aku tersenyum.
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
terhenti lamunanku. ku gapai diariku dan ku coretkan sesuatu buatmu.
perasaan ini tiba-tiba berbaur. siapa yg akan Allah takdirkan buatku? apa agaknya yg Allah aturkan untukku?
perasaan cinta menyusup ke jiwaku. cinta buatmu, suamiku. belum pernah kutemui, belum pernah ku kenal. tapi ku tahu kau sedang mempersiapkan dirimu untuk menjadi nakhoda dalam perlayaran ini. dan aku mempersiapkan diriku untuk menjadi pendukungmu. akan ku isi jiwaku ini dgn ilmu, iman dan taqwa.
aku ingin menjadi sayap kirimu dalam perjuangan ini. kita bina keluarga yang sentiasa dilimpahi rahmatNya. insyaAllah, akan ku lahirkan bakal mujahid untuk menjadi penegak agama haq. semoga kita berjaya menjadi sebahagian dari Uziyatul Alam.
aku ingin menjadi ketua kepada bidadari-bidadari buatmu di jannah sana. insyaAllah.
satu hari nanti sayangku. dengan izin dariNya. moga kau sentiasa dilindungi arasyNya. di mana saja kau berada.
dan apabila tiba saat itu, kau akan tersenyum membaca coretan ini. ini hanya untukmu.
semoga kita bercinta dalam redhaNya. kaulah pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.