kita milik Dia.

bismillahirahman arrahim~

musuh orang yang beriman terdiri daripada 2 jenis.

1. musuh dalaman

2. musuh luaran

empat musuh menurut Imam Ahmad bin Sahl

  • DUNIA. senjatanya adalah makhluk, maka penjaranya adalah uzlah (mengasingkan diri).
  • SYAITAN. senyatanya adalah kenyang, maka penjaranya adalah lapar.
  • NAFSU. senjatanya adalah tidur, maka penjaranya adalah qiamullail.
  • HAWA. senjatanya adalah bercakap, maka penjaranya adalah diam.

insyaAllah sama2 kita memenjarakan musuh2 kita ni.

“kunci kepada tasawuf adalah akhlak dan fiqh”

musuh yang nyata

Dengan Nama Allah, yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

hamba (ditulis dalam huruf kecil kerana sifat hamba itu hina). apa yang antum faham tentang perkataan hamba?

apa yang ana faham tentang istilah hamba ialah, seorang yang mengabdikan dirinya, zahir dan batin kepada tuannya dan layak diperlakukan apa saja oleh tuannya.

kita hamba Allah. kita selalu dengar, “aku hambaNya, kita hamba Dia, etc etc etc.”

kita dok sebut2 benda tu. tapi sejauh mana kita faham perkataan hamba tu?

mengabdikan diri kepada Allah SWT? kita mengaku Muslim. Mukmin. kita betul2 abdikan diri kepada Allah tak? adakah kita berserah segala-galanya kepada Dia? kalau antum kata, “yes! ana berserah segala-galanya!”. antum pasti?

kalau kamera DSLR kesayangan antum dicuri akibat rumah dipecah masuk. antum melenting? maki hamun pencuri tu?

kalau duit antum dipinjam kawan-kawan. tapi diorang tak bayar balik. antum terus tak nak bagi diorang pinjam lagi?

kalau antum dah study macam orang gila, tapi Allah kurniakan jugak kegagalan kepada antum. antum kecewa? putus asa?

hmm. maka kita kena ingat SEMUA yang terjadi, adalah pemberian Allah subhanahuwataala kepada kita. tak kira baik atau buruk. segalanya ada hikmah di sebaliknya. macam dari filem ayat-ayat cinta, masa Fahri sengsara diftnah dan disumbat ke penjara, seorang alim berkata, “Fahri! Allah sedang berbicara kepadamu!”

~~Allah sedang berbicara kepada kita!! can u believe it?~~

semua yang ana tulis kat atas tu, ana sendiri pernah mengalami. dan ana pun sedar tahap “pasrah” ana kepada ketentuan Allah masih belum mantap. penyerahan jiwa belum sampai 100%.

masih ada perasaan sayangkan dunia.

Wahn.wahn.wahn.

kiranya diuji, ana masih belum kuat secara batinnya. ana belum mampu diperlakukan apa saja oleh Allah SWT.

Hinanya diri ana yang mengaku hamba ni.

hamba, tapi ingkar dengan arahan Tuhannya untuk pasrah dan akur. hamba yang berlagak macam tuan!

HINA!

solat masih terganggu dengan perkara dunia. padahal Tuhan di hadapan kita. : ‘ (

membaca Al-Fatihah ketika berdiri tegak dalam solat. hati tak sikit pun tersentuh??!! Air mata tak gugur walaupun setitis kerana mengharapkan belas Allah yang Maha Menghukum?

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Yang Menguasai HARI PENGAKHIRAN! Engkaulah saja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan! TUNJUKI kami JALAN YANG LURUS!!

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah MURKAI, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang SESAT!

antum macamana???

maka, mari kita menyahut seruan Hilal Asyraf. *selalu nampak kat status fb dia*

“MARI MENJADI HAMBA”

ps: Sesungguhnya sombong itu sepatutnya menjadi sifat Allah. so siapa kita untuk jadi sombong?? kita ni hina je sebenarnya, ye kawan2. ingat tu!😀

fahami image ini. kita hamba! kita hamba!!!

jom tengok hamba Allah yang sedar dirinya hanya seorang hamba.

Rahsia Khusyuk dalam Solat
http://www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : alisya sofia
Editor : naadherah

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan
bertanya, ‘Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?’

Hatim berkata, Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.’

Isam bertanya, ‘Bagaimana wudhu zahir dan batin itu? ‘

Hatim berkata, ‘Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air’.
Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengantujuh perkara:-

1)Bertaubat
2)Menyesali dosa yang telah dilakukan
3)Tidak tergila-gilakan dunia
4)Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
5)Tinggalkan sifat berbangga
6)Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7)Meninggalkan sifat dengki.’

Seterusnya Hatim berkata,
‘Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap
kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku,Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.’

‘Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.’

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
dibanding-kan dengan Hatim.

*REFLECT* solat kita macamana? masih banyak perkara yang difikirkan semasa solat bukan?

Tags:

Sekularism yang melanda sudah semestinya mengancam kehidupan umat Islam. Mereka ini menghalang Islam diterapkan dalam kehidupan. Dakwah juga tidak terkecuali daripada dihalang oleh thoghut acuan puak sekular ini.

Jika kita kembali kepada lembaran sirah junjungan mulian Rasulullah SAW dan para sahabat, dakwah mereka ini ditentang habis-habisan dari setiap penjuru oleh orang kafir. Sayang sekali, dakwah yang kita lancarkan kini ditentang oleh umat Islam sendiri.


Mari kita kenal ciri-ciri thoghut acuan sekularism ini…


1.Melemahkan Semangat Para Pendakwah
Kata-kata seperti “ada ilmu baru boleh pakai jubah dan serban” adalah contoh kata-kata sang thoghut untuk melemahkan semangat para pendakwah untuk berdakwah melalui pakaian.

2.Anti Gerakan Islam
Mana-mana gerakan Islam yang tidak sealiran dengannya akan dicop ‘haram’, ‘illegal’, dan sebagainya. Gerakan-gerakan Islam tersebut akan dicemuh, diumpat, dan dibenci. Sedangkan dakwah itu tertaklif ke atas setiap individu.

3.Berpaling daripada Dalil
Enggan mendengar dalil yang ingin disampaikan dengan mengatakan “Saya tak nak dengar dalil!”. Apa yang akan dijawab di hadapan Allah kelak apabila seseorang umat Islam itu berpaling daripada dalil? Di manakah sumber hukum sang thoghut ini?

4.Tidak menerapkan Islam dalam kehidupan
Setinggi mana pun belajar usuluddin, syariah, fiqh, dan sebagainya tetapi tidak menerapkan Islam, apakah nilai ilmu itu di sisi Allah? Thoghut seperti ini bagaikan pohon rendang yang tidak berbuah. Ilmu di dada tidak diamalkan, tetapi dijadikan topeng untuk menentang usaha dakwah. Diharap, sang thoghut ini telah menyediakan jawapannya di hadapan Allah SWT terhadap apa yang dipelajari di dunia.

5.al-Quran hanya sekadar dibaca dan dilagukan
Walaupun enak mengalunkan bacaan al-Quran dengan suara yang lunak, dakwah umat Islam ditentang. Walhal, isi kandungan al-Quran yang dilagukan itu mewajibkan umat Islam berdakwah. Apakah yang bakal dijawab apabila al-Quran mendakwa sang thoghut ini?

6.Kejahatan yang Bertopengkan Agama
Melakukan kejahatan seperti mengaibkan orang, mengumpat orang, dan bermacam-macam kejahatan lain. Perbuatan ini diselindung oleh ciri-ciri keagamaannya. Ciri-ciri keagamaannya itu turut dimanipulasikan untuk menghalang dakwah orang lain. Kononnya dia sahajalah yang betul. Sebab itu dakwah orang lain disekat. Kerana dia sahaja yang betul!

7.Penyokong puak sekular
Nama pun thoghut-sekular. Sudah pasti puak sekular bernaung di hati, dan para pendakwah ditentang habis-habisan. Alangkah baiknya mereka ini menyokong para pendakwah untuk mengembalikan kehidupan Islam. Adakah puak sekular yang disokong dapat memberikan bantuan di dunia dan akhirat?

—————————————————————————————————————————————————

Wahai umat Islam! Sesungguhnya dakwah itu adalah WAJIB bagi setiap umat Islam! Janganlah kalian patah semangat apabila dakwah kalian dihalang oleh puak thoghut-sekular ini! Binalah kekuatan untuk mengharungi liku-liku dakwah ini!

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”. [TMQ Aali ‘Imran:104]

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”. [TMQ Aali ‘Imran:110]

Wahai Sang Thoghut! Kembalilah ke jalan Allah dengan melancarka usaha dakwah! Janglah menghalang para pendakwah untuk berdakwah kepada Allah! Sesungguhnya kalian berada dalam kesesatan yang jauh!

“Allah-lah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi. Dan kecelakaanlah bagi orang-orang kafir karena siksaan yang sangat pedih. (yaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh”. [TMQ Ibrahim:2-3]


SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”

>>>klik sini.<<<

ana dapat tahu cerita ni pun dari kawan dari Malaysia. apa nak jadi dengan akhlak remaja Malaysia sekarang. ternyata kempen ini menyeru untuk berzina. ZINA ok??? ingat benda kecik ke? ya Allah. risau. terfikir adik2 ana kat Malaysia. walaupun semuanya lelaki, tapi harap2lah diorang tak buat benda2 terkutuk ni. ana pun risaukan diri ana. semoga ana tak tergolong dalam golongan2 yang buat benda2 ni.

antum tahu ke maksud zina tu apa? Persetubuhan yang dilakukan lelaki dan wanita LUAR NIKAH.

dan dalam Islam, zina dikategorikan sebagai DOSA BESAR. dan nak tahu apa hukuman yang wajib dijatuhkan kepada penzina2 ni?

Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)

yang tu untuk yang belum kawin. yang dah kawin pulak, kalau berzina?

REJAM SAMPAI MATI.

ok. kenapa sesetengah orang tak takut pun dengar ancaman2 ini?? reflect balik.

urm. Malaysia laksanakan hukum hudud tak? urmmm. TAKKKKKKKKK.

nilah akibatnya. orang Melayu Islam sendiri dah tak takut dengan hukum Allah. kalau hukum hudud dipraktikkan sejak dulu, ana rasa, gejala sosial macam ni tak menular sampai teruk macam ni.

zionis mesti tengah bersorak gembira tengok kerosakan yang berlaku dalam ummat Islam akhir zaman ni.

yang pelik tu, yang perempuan2 ni yang semangat nak buat. mana pergi maruahmu, wanita??? adakah cintamu semurah nafsu?

isk T__T

ps: ya Allah, jangan Kau bolak-balikkan hati kami setelah Kau beri petunjuk. ana harap diri ini tak terlibat dengan dosa2 besar macam ni. Mungkin dulu aku jauh dariMu. Mungkin dulu aku ada tersalah langkah. Ya Rabb, jangan Kau tarik lagi hidayahMu ke atasku. Sesungguhnya aku takutkan azabMu di akhirat sana.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

bismillah. alhamdulillah hari ini dapat join qiamulallail dengan rakan2 naqibah yang lain sekali lagi dan kali ini lebih special dengan kehadiran Kak Aisyah dengan Kak Syaf. ni kali pertama ana bertemu dengan kakak2 ini. Mereka ini bukan calang2 orang, mereka wakil ISMA (ikatan seluruh Muslimin) untuk menganjurkan program bersama Nisa’ IYA Bangalore. kehadiran si comel hafsah (baby Kak Aisyah) turut menceriakan suasana.

*hafsah sangat active. masa kami bangun qiamullail, mata dia dah celik, terkadang merengek tapi selalu saja tersenyum dan tergelak. Alhamdulillah, zuriat kepada ibubapa yang mendukung syariat agama bakal membesar dengan jiwa seorang da’ie juga. InsyaAllah*

setelah selesai solat semuanya, kami mendengar tazkirah dari Kak Aisyah. Alhamdulillah, ana jadi pendengar yang duduk di barisan paling hadapan untuk menimba seberapa banyak ilmu yang hendak disampaikan~ tajuk tazkirah hari ini adalah tentang tarbiyyah zatiyyah. (secara istilahnya: tarbiyyah-pelajaran, zatiyyah-jati diri)

maka secara keseluruhannya, maksud tarbiyyah zatiyyah ialah pembinaan jati diri dan ilmu yang usahanya terletak pada individu itu sendiri. di sini niat yang lahir dari hati yang tulus suci sangat penting  untuk memastikan tarbiyyah zatiyyah ini sentiasa istiqamah.

Setiap Muslim harus sentiasa melakukan tarbiyyah zatiyyah semoga dirinya sentiasa bersedia untuk mendakwahkan orang lain.

Kak Aisyah memberi contoh perwatakan Rasulullah SAW dalam memahami konsep ini. Rasulullah berdakwah dengan menunjukkan qudwah hasanahnya (peribadi teladan). maka, begitu mudah untuk orang lain mencontohi sifat Baginda. *diri ini perlu mencontohi perbadi Rasulullah SAW, baru lah boleh memberi contoh kepada orang lain. qudwah hasanah, zaira! qudwah hasanah!*

senang kata, “look after yourself before you take care about others”.

kepentingan tarbiyyah zatiyyah

1) kita mampu menjaga akhlaq dan iman apabila tercampak di mana2. tak kisah la, di UK ke, US ke. dengan adanya tarbiyyah zatiyyah, insyaAllah, semuanya selamat. abi dan umi pun tak risau. =)

2) kita mampu melakukan perubahan terhadap diri sendiri kerana hanya kita yang tahu kelemahan diri + aib diri.

3)sentiasa istiqamah. kerana bila kita mahu mentarbiyyahkan diri kita, kita mesti banyak melakukan muhasabah. bak kata mira, 1st line defence terhadap kemalasan!

4) cara sebenar untuk mengislahkan negara.

Hasan al-Banna pernah berkata” Dirikanlah negara Islam di hatimu, nescaya ia akan berdiri di negerimu.

mengapa tarbiyyah zatiyyah diketepikan

1) Kurangnya ilmu

2)tidak jelas dengan tujuan hidup.

3)pemahaman yang salah tentang tarbiyyah. “cukup sekadar yang wajib”

4) berada di dalam “comfort zone”. “diri ini bahagia~~~ “

5) ketiadaan murabbi(teacher)

6) asyik berangan-angan.

saranan Tarbiyyah Zatiyyah

1) Muhasabah

cara2 muhasabah:

  • muhasabah secara rutin.
  • muhasabah hubungan sesama manusia
  • muhasabah hubungan dengan Allah.
  • Muhasabah tentang masa yang digunakan.

2) bertaubat dari segala maksiat

jangan bertangguh dalam bertaubat! sekiranya kita bertangguh, harus untuk kita melakukan solat taubat kerana melengahkan taubat.

syarat2 taubat

  • bertekad meninggalkan maksiat tersebut
  • kesal dan berduka cita dengan maksiat tersebut
  • tidak akan mengulangi maksiat yang sama.

3) mencari ilmu dan meluaskan wawasan.

4) melakukan ibadat2 yang dapat meningkatkan keimanan eg: solat sunat, zikrullah~

5)memperhatikan aspek akhlak.

  • sabar!
  • bersihkan hati daripada akhlak2 tercela
  • bergaul dengan para aulia’

6) merasakan dakwah itu wajib

7) istiqamah dan tidak berhenti di tengah jalan.

8) mujahadah!!

9)berdoa dengan jujur kepada Allah SWT.