kita milik Dia.

study itu dakwah.

Posted on: January 20, 2010

bismillah…

kata2 mutiara hari inilah “study itu dakwah“. ni sahabat ana yg bgtau kat ana. dia cakap study itu dakwah kerana, dgn adanya ilmu, insyaAllah kita boleh jadi top student. bila kita jadi top student, nnti ramai yg nak berguru dgn kita… jadi, bila diorg tgk kita ni join usrah, pakai jubah, tudung labuh… insyaAllah, diorg pun ditarbiyyah pada masa yg sama. sambil menimba ilmu, diorg tergerak hati nak ubah cara pemakaian, dan lebih bagus lagi kalau diorg pun join usrah… nnti pahala menyampaikan ilmu pun kita dapat, pahala berdakwah pun dapat. wahhh. berganda2 pahala tuuu. =)

tu apa yg sahabat ana cakap. tapi ini yg ana fikir.

study itu dakwah kerana… dgn ilmu, ummat kita maju. contohnya mcm ni. pegi hospital, nampak doctor2 muslim. nama scientist2 muslim mendominasi nobel laurette. pemimpin2 negara muslim yg mmpraktikkan Islam dgn berjaya di negara2 masing2. peniaga2 muslim mendominasi industri jual beli… hebatkan? masa tu ummat2 lain mencemburui kita. ummat kita akan dicontohi ummat2 lain. jadi mereka mesti akan rasa mcm ni “apa yg ada dgn ummat Islam sampaikan mereka sangat berjaya?”. mereka sgt curious sampai mereka jumpa jawapan yg mereka cari. kerana ajaran Islam itu lengkap. merangkumi segala-galanya. mereka berjaya sbb ajaran Islam itu sgt lengkap. jadi, mereka pun ditarbiyyah sama. inshaAllah.

hmm. tapi mmndangkan keadaan yg berlaku kat malaysia lately.. dari pandangan saya, ummat Islam di malaysia smakin lemah. smakin lama smakin lalai. AJL 2009 baru2 ni jadi bukti bahawa kita dah hanyut. hanyut sangat2. ='( *ana pun tengok jugak online. terlalai.😥 *… agama lain memandang pun rasa jelik. bukan muzik haram ke utk org Islam? ye. mmg haram. sampai terkinja-kinja, lupa kat Tuhan. yg tu mmg haram. bukan Islam terus mengharamkan muzik. Islam tu kan indah? muzik dibolehkan sekiranya, lagu tu tak melalaikan, tak memuja2 sesuatu termasuklah wanita, tak menggunakan instrument2 yg diharamkan eg: gitar. pokok kata, muzik tu boleh mendekatkan diri kita dgn Tuhan. *thanks akh mahfuz. dalam ipod saya dah kosong lagu2 rock dgn punk rock tu. skarang byk lagu2 ketuhanan. alhamdulillah.*

so macamane nak maju? ummat lain sibuk cari ilmu, kita sibuk berhibur. boleh maju ke agak2? mcmane dgn misi kita nak menaungi 2/3 dunia mcm empayar uthmaniyah?? *cry*

ummat islam akhir zaman, macam tu lah. isk2.

lepas ni muhasabah, dan fikirkan. ana pun masih terumbang-ambing ni. tapi disebabkan sahabat2 ana ni terdiri byk dari para da’ie, maka ana pun dapat aura2 utk berdakwah. dakwahkan diri ana dan muslim2 lain. insyaAllah. =)

after all, islam is the way of life.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: