kita milik Dia.

tahniah buat kamu berdua =)

Posted on: January 22, 2010

bismillah… sbnarnye esok ada exam surgery and medicine. urrghh. tapi amik waktu rehat ni jap nak tulis something.

tadi bukak facebook ternampak gambar kawan ana ditag. mata terpaku di situ. aryan shah. mcm ku kenal nama itu. selalu saja disebut2 sahabat2ku.

hehe. tu lah nama baby baru kak ija, akak super senior kat sini *eee bestnye dah dapat baby*. ^_^

tapi gambar atas ni bukan aryan. baby dari google image. haha.

urm. ada cerita kat mama pasal ni. akak senior ada dah kawin. nak ada baby dah pun. mama pun terperanjat. “muda2 lagi dah nak ada anak? study macamane?” mcm tu la respons mama bila cerita benda2 mcm ni. so ana senyum je la. nak cakap apa lagi kan. dah nampak mama mmg tak bagi kawin awal2 ni.

tapi tu bukan point post ni ditulis. nak cakap je, bila lahirnya anak hasil cinta antara sepasang suami dan isteri maka beratlah tanggungjawab mereka. anak adalah anugerah Allah. dan mereka juga ada ujian daripada Allah. fahami ayat bawah ni elok2.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (ali imran: ayat 14)

so maksudnya, pemberian Allah dalam bentuk anak adalah satu ujian kesenangan hidup.

ada certain org, sangat sayangkan anak sampai lupa tanggungjawab kepada Allah. kan tanggungjawab ibu bapa adalah membentuk anak2? tapi apa yg jadi pada zaman ini, mak ayah tak kisah anak tu bangun solat subuh atau tak. dengan alasan, “biarlah dia tido, penat tu.” hmm. apa kata anda?

tiba2 teringat pepatah melayu, “sayangkan anak, ditangan-tangankan.” ada relevannya. disebabkan anak2 ini dimanjakan sangat sewaktu kecil, nnti bila besar, jadi kepala angin.

bila dah besar, time tu dah tak boleh buat apa dah. dah jadi buluh kan? masa tgh rebung dulu tak nak dilentur pulak??

*err. ayat mcm memprovok pulak. ok2. dah2 enuff.*

hehe. ana cuma nak cakap congrats kat kak ija dgn spouse dia… hehe. aryan comel.

*lihat indahnya hikmah di sebalik suruhan bernikah. dapat baby taw! * errkkk @_@”

alhamdulillah, selamat semuanya. semoga aryan mmbesar akan jadi org yg soleh, berbakti kepada kedua org tuanya, dan agama. insyaAllah. (pesan makcik kepada anak buahnya. haha =P)


1 Response to "tahniah buat kamu berdua =)"

wah~ insyaAllah giliran kt plak nnti…🙂 tnggjwb yg bsar… tp, demi prmata hati… yg berat pn jd senang. Tmbah lagi dgn redha Allah, insyaAllah kerja mendidik anak nnti jd lebih indah~ amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: