kita milik Dia.

mereka begitu. kita pulak mcmane? isk2 T_T

Posted on: February 4, 2010

Strategi Perang HAMAS menetang Zionis

Sejak sekian lama, tentera Zionis tidak pernah dapat mengalahkan Pejuang HAMAS sungguhpun baru-baru ini mereka telah melancarkan peperangan secara besar-besaran terhadap Gaza. Namun, mereka terpaksa akur dengan kekuatan HAMAS yang diikutkan mudah bagi mereka untuk menghapuskannya.

Mengapa HAMAS berani?

Jika mengikut statistik ketenteraan dan pertahanan, kekuatan Zionis berlipat ganda lebih kuat berbanding HAMAS. Israel Defence Forces (IDF, angkatan bersenjata Israel) berkekuatan 176 ribu infantri bersenjata lengkap dan mendapat sokongan unit udara seperti 286 helikopter serbu, 875 jet pejuang tempur berkuasa supersonik, 2800 kereta kebal dan 1800 pelancar roket dan meriam yang on-load.

Sebaliknya, Hamas hanya berkekuatan maksimum 20.000 pejuang. Tanpa pesawat tempur, jet, atau helikopter patrol satu pun. Mereka hanya memakai roket Al Banna dan Al Yaasin, modifikasi rudal PG-2 Rusia yang mampu menghancurkan kereta kebal Merkava dalam radius 500 meter. Roket lainnya, yang juga hasil modifikasi, maksimum hanya mencapai 55 kilometer. Itu hanya cukup sampai Kota Sderoth, yang bukan jantung komando Israel.

Untuk pertahanan anti serangan udara, mereka mengandalkan rudal Rayyan, modifikasi dari rudal SA-7 Rusia yang dulu digunakan Hizbullah (Lebanon) untuk menjatuhkan helikopter dan UAV Israel.

Kenapa?

HAMAS memang tolak mentah-mentah apabila disebut mengenai statistik apatah lagi hanya di atas kertas. Sejak diketuai oleh Syeikh Ahmad Yassin sebelum syahidnya, HAMAS kian membesar dan membentuk sayap Briged Izzudin Al-Qassam. Mereka tidak percaya faktor kemenangan adalah senjata semata-mata, tetapi faktor ‘langit’ juga menguatkan lagi keazaman mereka. Keyakinan terhadap bantuan Allah melalui tentera dan perlindungan dalam kalangan malaikat menjadikan mereka unggul. Pemuda dan calon yang berkriteria berikut akan dipilih:

– sentiasa melakukan solat jemaah subuh di masjid
– tidak melakukan maksiat

Sifat dan Amalan:

-menguasai ilmu peperangan seperti penggunaan senjata, bahan peledak dan mempunyai data musuh di Mesir dan Israel.
-menghafal 40 hadis imam Nawawi
-berpuasa suant dan berdisiplin
-Mati syahid menjadi slogan utama

Strategi:
-membina terowong bawah tanah untuk tujuan penyusupan dan serangan
-mamasang jerangkap samar di sempadan
-bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan akhirnya bergabung apabila serangan dimulakan
-serangan hendap yang tidak terlihat oleh musuh sehinggakan tentera zionis tidak berjaya menemukan kawasan pelancaran roket.

Seorang wartawan telah bertemu seorang anak kecil sedang membaling batu ke arah sebuah kereta kebal Israel yang musnah.

Wartawan: Adik, kenapa adik baling batu ni?

Dia menjawab

“Saya yakin hanya seketul batu ini mampu untuk menghancurkan sebuah kereta kebal dengan izin Allah”

kita macamana?



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tags:

Leave a comment

February 2010
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

reflection in the mirror.

Pages

REFLECTION

SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG KU, HIDUPKU DAN MATIKU ADALAH UNTUK ALLAH swt.

Blog Stats

  • 17,344 hits

Top Clicks

  • None