kita milik Dia.

tarbiyyah zatiyyah

Posted on: February 14, 2010

bismillah. alhamdulillah hari ini dapat join qiamulallail dengan rakan2 naqibah yang lain sekali lagi dan kali ini lebih special dengan kehadiran Kak Aisyah dengan Kak Syaf. ni kali pertama ana bertemu dengan kakak2 ini. Mereka ini bukan calang2 orang, mereka wakil ISMA (ikatan seluruh Muslimin) untuk menganjurkan program bersama Nisa’ IYA Bangalore. kehadiran si comel hafsah (baby Kak Aisyah) turut menceriakan suasana.

*hafsah sangat active. masa kami bangun qiamullail, mata dia dah celik, terkadang merengek tapi selalu saja tersenyum dan tergelak. Alhamdulillah, zuriat kepada ibubapa yang mendukung syariat agama bakal membesar dengan jiwa seorang da’ie juga. InsyaAllah*

setelah selesai solat semuanya, kami mendengar tazkirah dari Kak Aisyah. Alhamdulillah, ana jadi pendengar yang duduk di barisan paling hadapan untuk menimba seberapa banyak ilmu yang hendak disampaikan~ tajuk tazkirah hari ini adalah tentang tarbiyyah zatiyyah. (secara istilahnya: tarbiyyah-pelajaran, zatiyyah-jati diri)

maka secara keseluruhannya, maksud tarbiyyah zatiyyah ialah pembinaan jati diri dan ilmu yang usahanya terletak pada individu itu sendiri. di sini niat yang lahir dari hati yang tulus suci sangat penting  untuk memastikan tarbiyyah zatiyyah ini sentiasa istiqamah.

Setiap Muslim harus sentiasa melakukan tarbiyyah zatiyyah semoga dirinya sentiasa bersedia untuk mendakwahkan orang lain.

Kak Aisyah memberi contoh perwatakan Rasulullah SAW dalam memahami konsep ini. Rasulullah berdakwah dengan menunjukkan qudwah hasanahnya (peribadi teladan). maka, begitu mudah untuk orang lain mencontohi sifat Baginda. *diri ini perlu mencontohi perbadi Rasulullah SAW, baru lah boleh memberi contoh kepada orang lain. qudwah hasanah, zaira! qudwah hasanah!*

senang kata, “look after yourself before you take care about others”.

kepentingan tarbiyyah zatiyyah

1) kita mampu menjaga akhlaq dan iman apabila tercampak di mana2. tak kisah la, di UK ke, US ke. dengan adanya tarbiyyah zatiyyah, insyaAllah, semuanya selamat. abi dan umi pun tak risau. =)

2) kita mampu melakukan perubahan terhadap diri sendiri kerana hanya kita yang tahu kelemahan diri + aib diri.

3)sentiasa istiqamah. kerana bila kita mahu mentarbiyyahkan diri kita, kita mesti banyak melakukan muhasabah. bak kata mira, 1st line defence terhadap kemalasan!

4) cara sebenar untuk mengislahkan negara.

Hasan al-Banna pernah berkata” Dirikanlah negara Islam di hatimu, nescaya ia akan berdiri di negerimu.

mengapa tarbiyyah zatiyyah diketepikan

1) Kurangnya ilmu

2)tidak jelas dengan tujuan hidup.

3)pemahaman yang salah tentang tarbiyyah. “cukup sekadar yang wajib”

4) berada di dalam “comfort zone”. “diri ini bahagia~~~ “

5) ketiadaan murabbi(teacher)

6) asyik berangan-angan.

saranan Tarbiyyah Zatiyyah

1) Muhasabah

cara2 muhasabah:

  • muhasabah secara rutin.
  • muhasabah hubungan sesama manusia
  • muhasabah hubungan dengan Allah.
  • Muhasabah tentang masa yang digunakan.

2) bertaubat dari segala maksiat

jangan bertangguh dalam bertaubat! sekiranya kita bertangguh, harus untuk kita melakukan solat taubat kerana melengahkan taubat.

syarat2 taubat

  • bertekad meninggalkan maksiat tersebut
  • kesal dan berduka cita dengan maksiat tersebut
  • tidak akan mengulangi maksiat yang sama.

3) mencari ilmu dan meluaskan wawasan.

4) melakukan ibadat2 yang dapat meningkatkan keimanan eg: solat sunat, zikrullah~

5)memperhatikan aspek akhlak.

  • sabar!
  • bersihkan hati daripada akhlak2 tercela
  • bergaul dengan para aulia’

6) merasakan dakwah itu wajib

7) istiqamah dan tidak berhenti di tengah jalan.

8) mujahadah!!

9)berdoa dengan jujur kepada Allah SWT.

4 Responses to "tarbiyyah zatiyyah"

zaira. thniah… mantap lar post nie. thmbs up dear~

salam, kema~

ala post ni paste balik apa yang kak Aisyah cakap je. nothing special.

ana dah letak dalil2 alquran masa tulis post ni,

tapi tak kuar pulak.

T__T

problem betul la wordpress ni.

semakin hari semakin cantik pengisian…cume, blog anti ni bukan utk umum ana rase…sbb umum langsung takkan mengerti…apa kata anti wat yg berfokus? yg ni utk daie lagi satu utk tajmik je? orait?

istiqamah ye!🙂

orait if.

insyaAllah ana istiqamah~

syukran mmberi pendapat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: