kita milik Dia.

hamba.

Posted on: February 18, 2010

Dengan Nama Allah, yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

hamba (ditulis dalam huruf kecil kerana sifat hamba itu hina). apa yang antum faham tentang perkataan hamba?

apa yang ana faham tentang istilah hamba ialah, seorang yang mengabdikan dirinya, zahir dan batin kepada tuannya dan layak diperlakukan apa saja oleh tuannya.

kita hamba Allah. kita selalu dengar, “aku hambaNya, kita hamba Dia, etc etc etc.”

kita dok sebut2 benda tu. tapi sejauh mana kita faham perkataan hamba tu?

mengabdikan diri kepada Allah SWT? kita mengaku Muslim. Mukmin. kita betul2 abdikan diri kepada Allah tak? adakah kita berserah segala-galanya kepada Dia? kalau antum kata, “yes! ana berserah segala-galanya!”. antum pasti?

kalau kamera DSLR kesayangan antum dicuri akibat rumah dipecah masuk. antum melenting? maki hamun pencuri tu?

kalau duit antum dipinjam kawan-kawan. tapi diorang tak bayar balik. antum terus tak nak bagi diorang pinjam lagi?

kalau antum dah study macam orang gila, tapi Allah kurniakan jugak kegagalan kepada antum. antum kecewa? putus asa?

hmm. maka kita kena ingat SEMUA yang terjadi, adalah pemberian Allah subhanahuwataala kepada kita. tak kira baik atau buruk. segalanya ada hikmah di sebaliknya. macam dari filem ayat-ayat cinta, masa Fahri sengsara diftnah dan disumbat ke penjara, seorang alim berkata, “Fahri! Allah sedang berbicara kepadamu!”

~~Allah sedang berbicara kepada kita!! can u believe it?~~

semua yang ana tulis kat atas tu, ana sendiri pernah mengalami. dan ana pun sedar tahap “pasrah” ana kepada ketentuan Allah masih belum mantap. penyerahan jiwa belum sampai 100%.

masih ada perasaan sayangkan dunia.

Wahn.wahn.wahn.

kiranya diuji, ana masih belum kuat secara batinnya. ana belum mampu diperlakukan apa saja oleh Allah SWT.

Hinanya diri ana yang mengaku hamba ni.

hamba, tapi ingkar dengan arahan Tuhannya untuk pasrah dan akur. hamba yang berlagak macam tuan!

HINA!

solat masih terganggu dengan perkara dunia. padahal Tuhan di hadapan kita. : ‘ (

membaca Al-Fatihah ketika berdiri tegak dalam solat. hati tak sikit pun tersentuh??!! Air mata tak gugur walaupun setitis kerana mengharapkan belas Allah yang Maha Menghukum?

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Yang Menguasai HARI PENGAKHIRAN! Engkaulah saja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan! TUNJUKI kami JALAN YANG LURUS!!

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah MURKAI, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang SESAT!

antum macamana???

maka, mari kita menyahut seruan Hilal Asyraf. *selalu nampak kat status fb dia*

“MARI MENJADI HAMBA”

ps: Sesungguhnya sombong itu sepatutnya menjadi sifat Allah. so siapa kita untuk jadi sombong?? kita ni hina je sebenarnya, ye kawan2. ingat tu!😀

fahami image ini. kita hamba! kita hamba!!!

jom tengok hamba Allah yang sedar dirinya hanya seorang hamba.

2 Responses to "hamba."

hurm,

dah ikut tafsir fi zillil quran tentang surah al-fatihah?

mmg sgt menusuk kalbu selepas memahami makna2 mendalam surah fatihah. iaitu inti kepada perjuangan kita. dan kalau2 memahami dgn hati, mmg bisa2 sahaja menangis kerana mengenangkan dosa. insyaAllah. semoga membaca dgn memahami dgn hati.

dan dgn makhraj serta tajwid yg sempurna. kene selalu cek ngan guru mengenai bacaan surah yg menjadi rukun ini.

penting. =)

kalau ana tafsir fi zilal, mesti ana dah rujuk.

yang sedihnya, ana takde…

mana nak cari kitab tu kat india ni.

mmg kena tunggu balik malaysia baru boleh beli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: