kita milik Dia.

Archive for the ‘solar eclipse’ Category

ALLAH berfirman yang bermaksud,” Dan ALLAH menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita” ( Nuh:17)

tengah hari tadi sewaktu tgh nak mengisi perut yg lapar setelah 4 jam kuliah *pengsan*, tiba2 cuaca jadi mendung. aku sudah maklum hari ini akan berlaku gerhana matahari. tapi aku cukup tak menyangka ia akan berlaku di hadapan mata. maka tahulah aku sedang berlakunya perselarian antara bulan, matahari dan bumi…

aku dan sahabat2 berlari keluar dari tempat makan dan cuba melihat terus ke langit. *tindakan yg sangat kurang bijak. akibatnya, pening sampai sekarang tak habis2 lagi* tiba2 ada seorg sahabat yg bijak melihat matahari melalui skrin handphonenya dgn cara pantulan. aku nampak! subhanallah. berlaku pertindihan imej matahari dan bulan…

buat seketika aku berfikir, siapa yg lebih berkuasa untuk mengatur semua ini dengan mudah. graviti, peredaran orbit, pusingan paksi…. tiada kuasa yg lebih besar iaitu Dia. Dia yg merancang kejadian ini untuk difikirkan. untuk dihayati oleh khalifah2 alamNya…. walaupun contoh jelas di hadapan mata, tapi kita kerap terlupa.

di mana kita letakkan Dia dalam amalan seharian kita?

masih ramai yg mahu menyekutukan Dia.

kita ini makhluk kecil yg diciptakanNya untuk menguruskan bumi.

apakah kita melaksanakan tugas kita dgn baik?

kerosakan di mana2 sahaja… ¬†semuanya angkara kita…

jadi, mari kita pulang kepadaNya. back to One. bersyukurlah dgn nikmatNya2 yg ditaburkan ke atas muka bumi ini untuk dinikmati. tapi jangan pernah lupa dari mana datangnya semua ini. semuanya dari Dia.

jangan pernah berhenti bersyukur, walaupun di kala kau diduga.

ucapkan alhamdulillah.

Advertisements

December 2017
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

reflection in the mirror.

Pages

REFLECTION

SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG KU, HIDUPKU DAN MATIKU ADALAH UNTUK ALLAH swt.

Blog Stats

  • 13,772 hits

Top Clicks

  • None