kita milik Dia.

Posts Tagged ‘Allah

Dengan Nama Allah, yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

hamba (ditulis dalam huruf kecil kerana sifat hamba itu hina). apa yang antum faham tentang perkataan hamba?

apa yang ana faham tentang istilah hamba ialah, seorang yang mengabdikan dirinya, zahir dan batin kepada tuannya dan layak diperlakukan apa saja oleh tuannya.

kita hamba Allah. kita selalu dengar, “aku hambaNya, kita hamba Dia, etc etc etc.”

kita dok sebut2 benda tu. tapi sejauh mana kita faham perkataan hamba tu?

mengabdikan diri kepada Allah SWT? kita mengaku Muslim. Mukmin. kita betul2 abdikan diri kepada Allah tak? adakah kita berserah segala-galanya kepada Dia? kalau antum kata, “yes! ana berserah segala-galanya!”. antum pasti?

kalau kamera DSLR kesayangan antum dicuri akibat rumah dipecah masuk. antum melenting? maki hamun pencuri tu?

kalau duit antum dipinjam kawan-kawan. tapi diorang tak bayar balik. antum terus tak nak bagi diorang pinjam lagi?

kalau antum dah study macam orang gila, tapi Allah kurniakan jugak kegagalan kepada antum. antum kecewa? putus asa?

hmm. maka kita kena ingat SEMUA yang terjadi, adalah pemberian Allah subhanahuwataala kepada kita. tak kira baik atau buruk. segalanya ada hikmah di sebaliknya. macam dari filem ayat-ayat cinta, masa Fahri sengsara diftnah dan disumbat ke penjara, seorang alim berkata, “Fahri! Allah sedang berbicara kepadamu!”

~~Allah sedang berbicara kepada kita!! can u believe it?~~

semua yang ana tulis kat atas tu, ana sendiri pernah mengalami. dan ana pun sedar tahap “pasrah” ana kepada ketentuan Allah masih belum mantap. penyerahan jiwa belum sampai 100%.

masih ada perasaan sayangkan dunia.

Wahn.wahn.wahn.

kiranya diuji, ana masih belum kuat secara batinnya. ana belum mampu diperlakukan apa saja oleh Allah SWT.

Hinanya diri ana yang mengaku hamba ni.

hamba, tapi ingkar dengan arahan Tuhannya untuk pasrah dan akur. hamba yang berlagak macam tuan!

HINA!

solat masih terganggu dengan perkara dunia. padahal Tuhan di hadapan kita. : ‘ (

membaca Al-Fatihah ketika berdiri tegak dalam solat. hati tak sikit pun tersentuh??!! Air mata tak gugur walaupun setitis kerana mengharapkan belas Allah yang Maha Menghukum?

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Yang Menguasai HARI PENGAKHIRAN! Engkaulah saja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan! TUNJUKI kami JALAN YANG LURUS!!

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah MURKAI, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang SESAT!

antum macamana???

maka, mari kita menyahut seruan Hilal Asyraf. *selalu nampak kat status fb dia*

“MARI MENJADI HAMBA”

ps: Sesungguhnya sombong itu sepatutnya menjadi sifat Allah. so siapa kita untuk jadi sombong?? kita ni hina je sebenarnya, ye kawan2. ingat tu! 😀

fahami image ini. kita hamba! kita hamba!!!

jom tengok hamba Allah yang sedar dirinya hanya seorang hamba.

Advertisements

Kenapa Perlu Berselawat?

www.iluvislam.com

koi nakata

Editor:lailatulema

Allah swt telah berfirman:“Sesungguhnya Allah swt beserta para malaikatNya sentiasa berselawat untuk Nabi Muhammad saw.Hai orang-orang yang beriman, bacalah selawat dan salam untuk Muhammad saw dengan bersungguh-sungguh.”(Al-ahzab:56). Ayat tersebut memerintahkan kepada orang-orang yang beriman supaya bersungguh-sungguh dalam menbaca selawat dan mendoakan keselamatan untuk Nabi Muhammad saw.Oleh kerana itu,orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan rasulNya,haruslah mereka mentaati perintah tersebut dengan memperbanyakkan bacaan selawat dan salam untuk dipersembahkan kepada junjungan dan ikutan kita Nabi Muhammad saw.

Selawat dan salam yang dilimpahkan oleh Allah swt adalah berupa rahmat,kasih sayang dan pengampunan. Sedangkan selawat yang dipersembahkan oleh para malaikat dan orang yang beriman adalah berupa doa dan permohonan kepada Allah swt agar Dia berkenan melimpahkan selawat(rahmat) dan salam(keselamatan dan kesejahteraan) kepada Nabi Muhammad saw.Allah swt sentiasa berselawat kepada Muhammad saw,bererti Dia sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada beliau.

Melihat pertanyaan diatas,maka timbullah persoalan di dalam benak kita:Mungkinkah Nabi Muhammad saw sebagai kekasih Allah masih memerlukan tambahan rahmat dan keselamatn dariNya?Benarkah beliau masih perlukan bingkisan doa dari umat beliau?” Sebagai umat Nabi Muhammad saw,kita haruslah yakin bahawa beliau adalah makhluk Allah swt yang menjadi kekasihNya(habibullah).Kita juga harus yakin bahawa Nabi Muhammad saw telah mendapat jaminan untuk masuk ke syurga.Nabi Muhammad saw juga telah mendapat rahmat dan keselamatan yang tidak terkira dari sisi Allah swt. Sehinggakan tanpa selawat dan doa dari kita pun tidak menjadi masalah buat beliau.

Sesungguhnya beliau tidak memerlukan selawat dan salam dari kita,sama sekali tidak memerlukannya! Lalu mengapa kita diperintahkan untuk membaca selawat dan salam untuk beliau? Itulah salah satu perintah Allah swt untuk membuktikan siapa sesungguhnya di antara kita yang benar-benar mentaati perintahNya.Juga untuk melihat sejauh mana kecintaan kita kepada RasulNya. Nabi Muhammad saw ada bersabda:“Barangsiapa yang mencintai sesuatu,nescaya dia banyak menyebut-nyebut yang dicintainya”.(HR Dailami)

Hadis tersebut benar-benar terjadi dalam kehidupan ini.Seseorang yang mencintai sesuatu,nescaya sesuatu itu selalu diingati dan disebut-sebutkannya. Misalnya semasa kita mencintai seorang gadis,nescaya kita akan selalu mengingati gadis tersebut dan menyebut-nyebutnya. Begitu juga sebaliknya. Begitu juga apabila kita benar-benar mencintai Allah swt dan rasulNya nescaya kita akan selalu mengingati dan menyebut-nyebutnya.Oleh itu,salah satu cara yang di ajar Islam untuk meluahkan rasa cinta itu adalah dengan berselawat. Ketika kita membaca selawat, saat itu juga kita menyebut nama Allah dan RasulNya sekaligus.

Semakin tinggi kecintaan kita terhadap Allah dan RasulNya, nescaya makin banyaklah kita berselawat. Dan semakin banyak kita berselawat, maka makin tinggi darjat kita sebagai seorang muslim. Nabi Muhammad saw ada bersabda:“Sesungguhnya manusia yang paling utama disisiku pada hari kiamat kelak adalah yang paling banyak membaca selawat”.(HR Nasai,Tirmizi dan Ibnu Hibban). Oleh yang demikian,perbanyakkanlah berselawat,disamping sebagai bukti cinta kita kepada Allah swt dan rasulNya,hakikatnya ia juga bagai mendoakan diri kita sendiri.Dengan demikian,semakin banyak kita berselawat bererti semakin kita mendapat rahmat yang melimpah ruah.

Jika dilihat dari secara zahirnya,memang pada saat itu kita memanjatkan doa agar Allah swt melimpahkan rahmat kepada Muhammad saw,tetapi pada hakikatnya kita sedang mendoakan rahmat dan keselamatan tersebut untuk diri sendiri. Bahkan limpahan rahmat dan selawat yang akan kita dapat itu lebih banyak dari rahmat dan salam yang kita persembahkan kepada Nabi Muhammad saw. Hal ini disyariatkan oleh Nabi Muhammad saw sendiri dalam sabdanya: “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah swt akan melimpahkan rahmat keatasnya sepuluh kali ganda”.(HR Muslim)

Begitu tingginya nilai bacaan selawat,sampaikan solat kita tidak sah tanpa disertai bacaan selawat.Kerana menbaca selawat termasuk dalam salah satu rukun solat,yakni harus dibaca ketika tahiyyat.Oleh yang demikian,setiap muslim wajib membaca selawat sekurang-kurangnya sembilan kali sehari semalam.Jika kurang dari itu bererti solatnya tidak sempurna. Akhir kata,semoga selawat dan salam tetap dilimpahkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw beserta keluarganya,para sahabat dan seluruh umatnya sehingga hari kiamat.Demikian jelaslah bahawa kenapa kita perlu berselawat.

Allahuma Amin ya Rabbal’Alamin!

Di dalam sebuah hadith qudsi, Allah S.W.T. telah berfirman,
Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia yang lainnya:

“Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi kepada orang miskin yang pemurah”;
“Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati/diri”;
“Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat”.

Huraian ringkas: Orang kaya mudah memperolehi wang yang banyak dan menjadi kebiasaan bagi si kaya bersedekah dan bermurah hati. Berbeza dengan orang miskin terpaksa berhempas pulas dan mebanting tulang untuk mendapatkannya tetapi jika si miskin itu pemurah maka Allah lebih mencintainya.

Orang muda mudah terdorong untuk mengikuti hawa nafsu, jika dilihat sekarang ini jarang dilihat orang-orang muda memiliki ketekunan beribadah dan beramal soleh.

Inilah sebabnya Allah menyintai orang muda yang bertaubat kerana jikalau orang tua yang bertaubat, memang sepatunya dia berbuat demikian.

Janganlah kita menjadi hamba-hamba yang sombong, bongkak dan ego kerana kita hanyalah makhluk yang dijadikan oleh Allah agar beribadat kepadaNYa yang mana akhirnya kepadaNya jualah kita akan kembali dan akan diperhitungkan nasib dan amalan kita.

copied from http://blogs.muxlim.com/irahza/allah-mencintai-orang-muda-yang-bertaubat/

Tags: , ,

December 2017
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

reflection in the mirror.

Pages

REFLECTION

SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG KU, HIDUPKU DAN MATIKU ADALAH UNTUK ALLAH swt.

Blog Stats

  • 13,772 hits

Top Clicks

  • None