kita milik Dia.

Posts Tagged ‘diari

Dengan Nama Allah, yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

hamba (ditulis dalam huruf kecil kerana sifat hamba itu hina). apa yang antum faham tentang perkataan hamba?

apa yang ana faham tentang istilah hamba ialah, seorang yang mengabdikan dirinya, zahir dan batin kepada tuannya dan layak diperlakukan apa saja oleh tuannya.

kita hamba Allah. kita selalu dengar, “aku hambaNya, kita hamba Dia, etc etc etc.”

kita dok sebut2 benda tu. tapi sejauh mana kita faham perkataan hamba tu?

mengabdikan diri kepada Allah SWT? kita mengaku Muslim. Mukmin. kita betul2 abdikan diri kepada Allah tak? adakah kita berserah segala-galanya kepada Dia? kalau antum kata, “yes! ana berserah segala-galanya!”. antum pasti?

kalau kamera DSLR kesayangan antum dicuri akibat rumah dipecah masuk. antum melenting? maki hamun pencuri tu?

kalau duit antum dipinjam kawan-kawan. tapi diorang tak bayar balik. antum terus tak nak bagi diorang pinjam lagi?

kalau antum dah study macam orang gila, tapi Allah kurniakan jugak kegagalan kepada antum. antum kecewa? putus asa?

hmm. maka kita kena ingat SEMUA yang terjadi, adalah pemberian Allah subhanahuwataala kepada kita. tak kira baik atau buruk. segalanya ada hikmah di sebaliknya. macam dari filem ayat-ayat cinta, masa Fahri sengsara diftnah dan disumbat ke penjara, seorang alim berkata, “Fahri! Allah sedang berbicara kepadamu!”

~~Allah sedang berbicara kepada kita!! can u believe it?~~

semua yang ana tulis kat atas tu, ana sendiri pernah mengalami. dan ana pun sedar tahap “pasrah” ana kepada ketentuan Allah masih belum mantap. penyerahan jiwa belum sampai 100%.

masih ada perasaan sayangkan dunia.

Wahn.wahn.wahn.

kiranya diuji, ana masih belum kuat secara batinnya. ana belum mampu diperlakukan apa saja oleh Allah SWT.

Hinanya diri ana yang mengaku hamba ni.

hamba, tapi ingkar dengan arahan Tuhannya untuk pasrah dan akur. hamba yang berlagak macam tuan!

HINA!

solat masih terganggu dengan perkara dunia. padahal Tuhan di hadapan kita. : ‘ (

membaca Al-Fatihah ketika berdiri tegak dalam solat. hati tak sikit pun tersentuh??!! Air mata tak gugur walaupun setitis kerana mengharapkan belas Allah yang Maha Menghukum?

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Yang Menguasai HARI PENGAKHIRAN! Engkaulah saja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan! TUNJUKI kami JALAN YANG LURUS!!

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah MURKAI, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang SESAT!

antum macamana???

maka, mari kita menyahut seruan Hilal Asyraf. *selalu nampak kat status fb dia*

“MARI MENJADI HAMBA”

ps: Sesungguhnya sombong itu sepatutnya menjadi sifat Allah. so siapa kita untuk jadi sombong?? kita ni hina je sebenarnya, ye kawan2. ingat tu! 😀

fahami image ini. kita hamba! kita hamba!!!

jom tengok hamba Allah yang sedar dirinya hanya seorang hamba.

terjumpa video ni kat youtube. nak pegi wintercamp lagi!!! =)

Tags:

bismillah.

😥 diri ini sedang mengalami masalah besar. ana rasa ana ada symptom anorexia nervosa!! terasa diri ini gemuk. tapi kawan2 kata ana dah cukup kurus. nak kurus mcmane lagi.

bila makan ada timbul satu perasaan bersalah untuk terus makan. nanti gemuk!

Ya Allah, janganlah aku tergolong dalam golongan yang kufur nikmat. Nauzubillahi min zaalik.

ini masalah psychology. kena brainwash baru ok kot.

kena balik Malaysia dulu, biar mama suruh ana makan banyak2. biar mama masak sedap2. nanti ana mesti berselera semula. Amin~

Tags:

eh ana ni ada HIV ke sampai anti nak buat mcm tu?

(even kalau HIV positive pun, anti tak boleh buat tu, anti tu bakal doktor taw! respect sikit kat patient tu.)

jijik sangat ke ana ni?

Tags:

bismillah.

ana baru pulang dari birthday party helwa. 🙂 eid milat sa’id ya ukhti! *hugs* rindu nak berkumpul2 dgn mereka. manja, dila, deebashini, pija, naned. mereka ni housemates ana masa duduk kat MAIS shah alam dulu. setahun dgn mereka, mmg mereka dah masak dgn perangai ana. kami masing2 dah kenal hati masing2.

mula2 memang rasa berat nak berkumpul, sebab ana kena allergic response. badan naik gatal2. tapi ana usahakan jugak keluar. takut ada yg tersinggung nanti.

bila berkumpul, rasa gembira. dgn makanan2 yg sdap2. alhamdulillah. sambil makan2, kami bercerita. bercerita tentang diri masing. mmg ini aktiviti wanita. kami meluahkan kepada satu sama lain semua perkara yg berlaku sesama kami. dalam istilah lain, “catching up”.

kerana dgn meluahkan itu, dan ada orang yg mendengar, kami rasa relieved. dan tenang. =) (maka, kaum adam harus belajar mendengar. ini essence untuk menjaga hati zaujah2 anda =)

kami  duduk bercerita sampai 2 jam. tak sedar masa berlalu. terlalu banyak cerita yg ingin dikongsikan. setiap cerita itu ada pengajaran utk difahami. setiap cerita itu, ana nampak yg ana perlu memahami sesuatu. Allah sengaja meletakkan ana di situ utk mengambil pengajaran.

terlalu banyak untuk difahami sampai ana terfikir. semua benda ni aku pernah buat dulu. *geleng2* banyaknye kesilapan yg aku dah buat. dan kesilapan itu bukan sahaja mendatangkan kemusnahan kepada orang lain, tapi juga mendatangkan kerosakan kepada diriku sendiri. :'((

andai boleh ku undur masa, takkan ku lakukan itu semua. *penyesalan tak terhingga* tapi sahabat ana pernah berpesan. jangan sekali2 cakap mcm tu. sbb nanti kita tergolong dalam golongan yg kufur hakikat. golongan yg tak redha dgn qada’ dan qadar.

*percayalah hati, segala apa yg berlaku itu adalah perancangan Tuhanmu. Dia mahu kau belajar dari kehidupan*

terlalu banyak dosa yg ana lakukan. sampai satu tahap ana rasa jijik dengan diri sendiri. ana tahu hukum hakam. tapi ana kufur. ana ikut suruhan syaitan. 😥

ana cuma berharap dengan mengingati Dia, akan menyucikan hati yg kotor ini. ana berharap. tasbih, tahmid, tahlil, takbir dapat menyucikan hati ini.

bila hati kotor, solat pun tak khusyuk, buat kerja serba tak kena, blajar pun susah nak masuk ilmu. ana cukup risau solat ana tak diterima. ='(

ana memerlukan sokongan antum supaya terus di jalan ini. fisabilillah.

ingatkan aku. ingatkan aku. ingatkan aku. genggam aku sekuat-kuatnya. =)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tags:

August 2017
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

reflection in the mirror.

Pages

REFLECTION

SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG KU, HIDUPKU DAN MATIKU ADALAH UNTUK ALLAH swt.

Blog Stats

  • 13,262 hits

Top Clicks

  • None