kita milik Dia.

Posts Tagged ‘tazkeer

Dengan Nama Allah, yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

hamba (ditulis dalam huruf kecil kerana sifat hamba itu hina). apa yang antum faham tentang perkataan hamba?

apa yang ana faham tentang istilah hamba ialah, seorang yang mengabdikan dirinya, zahir dan batin kepada tuannya dan layak diperlakukan apa saja oleh tuannya.

kita hamba Allah. kita selalu dengar, “aku hambaNya, kita hamba Dia, etc etc etc.”

kita dok sebut2 benda tu. tapi sejauh mana kita faham perkataan hamba tu?

mengabdikan diri kepada Allah SWT? kita mengaku Muslim. Mukmin. kita betul2 abdikan diri kepada Allah tak? adakah kita berserah segala-galanya kepada Dia? kalau antum kata, “yes! ana berserah segala-galanya!”. antum pasti?

kalau kamera DSLR kesayangan antum dicuri akibat rumah dipecah masuk. antum melenting? maki hamun pencuri tu?

kalau duit antum dipinjam kawan-kawan. tapi diorang tak bayar balik. antum terus tak nak bagi diorang pinjam lagi?

kalau antum dah study macam orang gila, tapi Allah kurniakan jugak kegagalan kepada antum. antum kecewa? putus asa?

hmm. maka kita kena ingat SEMUA yang terjadi, adalah pemberian Allah subhanahuwataala kepada kita. tak kira baik atau buruk. segalanya ada hikmah di sebaliknya. macam dari filem ayat-ayat cinta, masa Fahri sengsara diftnah dan disumbat ke penjara, seorang alim berkata, “Fahri! Allah sedang berbicara kepadamu!”

~~Allah sedang berbicara kepada kita!! can u believe it?~~

semua yang ana tulis kat atas tu, ana sendiri pernah mengalami. dan ana pun sedar tahap “pasrah” ana kepada ketentuan Allah masih belum mantap. penyerahan jiwa belum sampai 100%.

masih ada perasaan sayangkan dunia.

Wahn.wahn.wahn.

kiranya diuji, ana masih belum kuat secara batinnya. ana belum mampu diperlakukan apa saja oleh Allah SWT.

Hinanya diri ana yang mengaku hamba ni.

hamba, tapi ingkar dengan arahan Tuhannya untuk pasrah dan akur. hamba yang berlagak macam tuan!

HINA!

solat masih terganggu dengan perkara dunia. padahal Tuhan di hadapan kita. : ‘ (

membaca Al-Fatihah ketika berdiri tegak dalam solat. hati tak sikit pun tersentuh??!! Air mata tak gugur walaupun setitis kerana mengharapkan belas Allah yang Maha Menghukum?

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Yang Menguasai HARI PENGAKHIRAN! Engkaulah saja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan! TUNJUKI kami JALAN YANG LURUS!!

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah MURKAI, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang SESAT!

antum macamana???

maka, mari kita menyahut seruan Hilal Asyraf. *selalu nampak kat status fb dia*

“MARI MENJADI HAMBA”

ps: Sesungguhnya sombong itu sepatutnya menjadi sifat Allah. so siapa kita untuk jadi sombong?? kita ni hina je sebenarnya, ye kawan2. ingat tu! 😀

fahami image ini. kita hamba! kita hamba!!!

jom tengok hamba Allah yang sedar dirinya hanya seorang hamba.

Advertisements

Rahsia Khusyuk dalam Solat
http://www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : alisya sofia
Editor : naadherah

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan
bertanya, ‘Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?’

Hatim berkata, Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.’

Isam bertanya, ‘Bagaimana wudhu zahir dan batin itu? ‘

Hatim berkata, ‘Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air’.
Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengantujuh perkara:-

1)Bertaubat
2)Menyesali dosa yang telah dilakukan
3)Tidak tergila-gilakan dunia
4)Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
5)Tinggalkan sifat berbangga
6)Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7)Meninggalkan sifat dengki.’

Seterusnya Hatim berkata,
‘Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap
kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku,Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.’

‘Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.’

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
dibanding-kan dengan Hatim.

*REFLECT* solat kita macamana? masih banyak perkara yang difikirkan semasa solat bukan?

Tags:

Di dalam sebuah hadith qudsi, Allah S.W.T. telah berfirman,
Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia yang lainnya:

“Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi kepada orang miskin yang pemurah”;
“Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati/diri”;
“Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat”.

Huraian ringkas: Orang kaya mudah memperolehi wang yang banyak dan menjadi kebiasaan bagi si kaya bersedekah dan bermurah hati. Berbeza dengan orang miskin terpaksa berhempas pulas dan mebanting tulang untuk mendapatkannya tetapi jika si miskin itu pemurah maka Allah lebih mencintainya.

Orang muda mudah terdorong untuk mengikuti hawa nafsu, jika dilihat sekarang ini jarang dilihat orang-orang muda memiliki ketekunan beribadah dan beramal soleh.

Inilah sebabnya Allah menyintai orang muda yang bertaubat kerana jikalau orang tua yang bertaubat, memang sepatunya dia berbuat demikian.

Janganlah kita menjadi hamba-hamba yang sombong, bongkak dan ego kerana kita hanyalah makhluk yang dijadikan oleh Allah agar beribadat kepadaNYa yang mana akhirnya kepadaNya jualah kita akan kembali dan akan diperhitungkan nasib dan amalan kita.

copied from http://blogs.muxlim.com/irahza/allah-mencintai-orang-muda-yang-bertaubat/

islah dari segi bahasanya- repair.

walau teruk mana diri anda sebelum ini, walau keji, zalim, jijiknya diri anda sebelum ini,

jangan pernah malu untuk mengislahkan diri!

cakap mcm ni. “i dont give a damn what people are going to say about me!”

sebab kau nak berubah jadi baik. bukan nak jadi jahat. so pedulikan mereka!

diorang tu punya suka makan daging saudara sendiri. mengumpat itu dan ini, tapi tak sedar yg diorg tengah melapah daging saudara sendiri.

kalau ada kawan2 anda perangai seburuk ini, maka tegurlah kekhilafan mereka itu. ini tanggungjawab sesama muslim.

ok?

buang yg keruh, amik yg jernih.

ʘ‿ʘ

wallahu alam.

ps: ana slalu terperangkap kat tengah2 orang yg tgh mengumpat. kalau dengar pun kira join diorg mengumpat jugak.              nak tegur kejap lagi diorg masam muka.apa nak buat eh?

Tags:

banyak perkara yg menimpa diri. fitnah. embarassment. ghibah.

dan kesemuanya ku pandang dengan penuh sabar. kerana ada terselit hikmah di sebalik kejadian2 itu.

aku jadi insan yg lebih kuat berpegang kepadaNya.

kau pula bagaimana?

Tags:

bismillah.

reflect. apa yg anda lakukan hari ini untuk agama anda? apa yg saya lakukan hari ni untuk agama saya?

😥 i think i did nothing.

T_T hari ni saya tak sebarkan dakwah, selain menuntut ilmu. hari ini saya rasa hati saya kosong. kenapa? reflect balik. where did i put Allah in my deeds? did i correct my intentions before doing something today? huuu T_T

hari ni banyak lupa berniat. lillahi ta’ala. 😥 sebab tu hati rasa kosong.

pagi tadi, tengok video clip autopsy masa forensic lecture. mmg video tu tunjuk semua cara2 nak autopsy si mati. kulit ditoreh dgn scalpel dari kerongkong sampai ke ari-ari. bila dah nampak organ dalaman, boleh pulak remove kulitnya. mcm melapah lembu masa buat korban. time tgk tu, saya tak fikir apa2 melainkan, sakitnya si mati. (alhamdulillah dah tak rasa geli. sbb dah mula lali dgn mayat2 ni.) tubuhnya dilakukan sebegitu rupa. tapiiiiiiiiii… tu baru manusia yg buat. kat akhirat nanti Allah buat kat kita mcm tu. sebagai hukuman ingkar masa kat dunia. berjuta-juta kali lebih dahsyattttt dan azabbbbbbbb. :'(( uwwaaaaaaa!!! sakitnyeeeeeeeeee! tak terbayang dek akal.

lepas tu kan… lecture microbiology pulak… buat jahat lagi. 😥 disebabkan terlalu cuak dgn quiz pharmaco, saya tak dengar lecture microbiology. mata dgn akal fikiran fokus kat buku pharmaco masa lecturer tgh sibuk mengajar. jahat kan?? 😥

tiba masa quiz pharmaco tercinta! prof ramesh seperti biasa dengan gaya penuh bersemangat dok tanya kat students2nya yg bijak pandai ni soalan2 ttg drug metabolisms, drug excretions..blablabla… and i was stuck there, with blurred mind. apa yg aku dah baca tadi???? yg tadi tu. yg tadi tu. huwwaaa!!! T__T and i feel like a real loser. REAL LOSER. walaupun till the end, prof ramesh didnt point me to go forward and answer the questions, tapi, rasa mcm i didnt do my very best utk quiz ni.

so was the paediatrics posting. i understand that the hospital is adapting with the facts that they already have interns. tapi…. tolonglahhhh. kalau dah namanya paediatrics posting, i expect myself to deal with lots and lots of babies, children. i need education, man! kalau dok buang masa naik bas lama2 pegi hospital tapi in the end baca buku sendiri2 je, baik tak payah pegi posting mcm tu. 😥 maka, sebenarnya hati ini perlu lebih bersabar dgn benda2 mcm ni. hospital tu baru first time dapat students. so we need to be little patient until they get the momentum. insyaAllah.

and lepas dengar doctor tu cakap pasal anthropology of paediatric age group for about 45 minutes, we were off for home. mudah kan? posting sepatutnya took 3 hours. jadi 45 minutes je. grrr! and so, i feel like i did nothing for today. *downdowndown*

kesimpulannya, mutiara kata untuk hari ini ialah:

Innama ‘amalu binniyat, wa innama likullim ri immanawa.

maksudnya: Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya.

maka lepas ni, jangan lupa nak perbetulkan niat setiap kali nak buat something! lillahi ta’ala.

wallahu alam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tags:
hijrah

hijrahkan dirimu!

bismillah.

pagi tadi alhamdulillah dapat beramai2 buat qiamullail kat rumah naimah. saya dan naqibah2 usrah junior yg saya hormati kesemuanya. *mereka mmg patut jadi naqibah* cuma giliran saya belum sampai kerana saya masih dalam proses memantapkan iman + ilmu. kalau belum mantap, saya pun takut nak bagi tunjuk ajar. diri pun belum kuat iman lagi. wuwuwu T___T

tazkirah diberi oleh Amirah Saryati, housemateku tercinta. *hehe. jiwang pulak* tajuknya “positive itu negative”. reflect balik. kenapa mcm tu? hehe. summary dari apa yg dia cakap, saya dapat simpulkan bahawa once u do something good, dont see yourself as an angel. jangan anggap diri itu baik bila buat sesuatu yg baik. lantas pandang orang lain semua tak baik.

judgement lies to Allah. not yourself.

ikhlas itu, niat itu, hanya Allah yg tahu. true2!!! saya penah jugak rasa mcm ni. sampai pilih2 kawan. ish2. *geleng2*. now insyaAllah dah tak buat lagi. skarang ni kawan dgn semua orang. alhamdulillah. sbb tahu sebenarnya dalam hati setiap orang, walaupun dia melakukan dosa, mungkin ada secebis dari hati mereka actually ingat kat Tuhan… diorg tak jahat pun. tapi mungkin mereka perlukan sedikit push dari sahabat2 dan hidayah Allah utk berubah. =) husnudzon! maka, jangan berhenti berharap! kita do’akan mereka berubah. insyaAllah =)

lepas tu dia ada sebut jugak “dont judge a book by it’s cover”. pasal yg tudung2 labuh ni kan. pakai jubah. dalam hati, belum tentu dia ikhlas buat semua tu. mungkin dia pakai mcm tu sbb dia tergolong dlm group2 tudung labuh clan kan. *eyp. mcm kenal je?? @_@” saya lah orang tu. tapi insyaAllah sekarang ni dah “lillahi ta’ala”. do’aku agar tak berpaling lagi.*

maka, kita perlu berubah. tarbiyyah diri kita dan orang2 sekeliling kita dgn sabar. ingat tak? innallaha ma’assobirin (Allah be with people with patience). and the most important thing is, positive is negative.

“Islah nafsak, wad’u ghairak!” Perbaiki diri kamu DAN ajak orang lain. (Sheikh Mustapha Masyur)

wallahu’alam.

Tags:

December 2017
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

reflection in the mirror.

Pages

REFLECTION

SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG KU, HIDUPKU DAN MATIKU ADALAH UNTUK ALLAH swt.

Blog Stats

  • 13,772 hits

Top Clicks

  • None