kita milik Dia.

Posts Tagged ‘zawj

*ipod playing Ainul Mardhiah-UNIC.*

indahnya setiap kata dalam lagu ini. aku tersenyum.

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

terhenti lamunanku. ku gapai diariku dan ku coretkan sesuatu buatmu.

perasaan ini tiba-tiba berbaur. siapa yg akan Allah takdirkan buatku? apa agaknya yg Allah aturkan untukku?

perasaan cinta menyusup ke jiwaku. cinta buatmu, suamiku. belum pernah kutemui, belum pernah ku kenal. tapi ku tahu kau sedang mempersiapkan dirimu untuk menjadi nakhoda dalam perlayaran ini. dan aku mempersiapkan diriku untuk menjadi pendukungmu. akan ku isi jiwaku ini dgn ilmu, iman dan taqwa.

aku ingin menjadi sayap kirimu dalam perjuangan ini. kita bina keluarga yang sentiasa dilimpahi rahmatNya. insyaAllah, akan ku lahirkan bakal mujahid untuk menjadi penegak agama haq. semoga kita berjaya menjadi sebahagian dari Uziyatul Alam.

aku ingin menjadi ketua kepada bidadari-bidadari buatmu di jannah sana. insyaAllah.

satu hari nanti sayangku. dengan izin dariNya. moga kau sentiasa dilindungi arasyNya. di mana saja kau berada.

dan apabila tiba saat itu, kau akan tersenyum membaca coretan ini. ini hanya untukmu.

semoga kita bercinta dalam redhaNya. kaulah pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.

(1 januari 2010, 1.30 pm, auditorim hall ims.)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tags:

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi”. (H.R.Al-Baihaqi)

zawj? wow. means husband.

kenapa nak post about zawj agaknya ye? takde benda lain nak fikir lagi dah ke? ana pun tak tau. isk2. =(

study tak habis lagi, dah sibuk fikir pasal az-zawj?

nak uruskan diri pun tak reti lagi, dah sibuk fikir pasal az-zawj?

nak kena ketuk kepala kot baru sedar yg diri ni belum layak nak jadi zaujah sesiapa.

Allah tolong aku.

melengkapkan agama.

Tags:

August 2017
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

reflection in the mirror.

Pages

REFLECTION

SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG KU, HIDUPKU DAN MATIKU ADALAH UNTUK ALLAH swt.

Blog Stats

  • 13,262 hits

Top Clicks

  • None